Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Alat bantuan perjalanan

Berhenti Merokok Di Jalan

TERIMA KASIH KERANA TIDAK MEROKOK DI JALAN RAYA DAN DI KAKI LIMA

Merokok di jalan raya dan di kaki lima adalah sangat berbahaya. Ordinan Bandaraya Kyoto telah mengharamkan merokok di semua jalan di bandaraya ini melainkan di tempat yang ditetapkan. Tambahan lagi, sesiapa yang didapati merokok di kawasan larangan merokok akan didenda 1000 yen. Sila merokok hanya di kawasan merokok yang telah ditetapkan.

*Berikut adalah kawasan larangan merokok di Bandaraya Kyoto;
Kawasan pusat bandar, Stesen Kyoto dan kawasan sekitar, Kiyomizu dan kawasan Gion

1. Kenapa Kyoto telah menggubal ordinan ini?
Ordinan ini bertujuan mencegah kerosakan seperti luka terbakar akibat terkena puntung rokok di jalanan dan juga untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kesan buruk ke atas kesihatan bagi mewujudkan sebuah bandar yang selamat dan sihat.

2. Adakah merokok sambil berjalan dilarang?
“Merokok di jalanan” termasuk merokok sambil berjalan, merokok sambil berdiri di atas jalan dan juga merokok sambil menunggang basikal atau motosikal.

3. Kenapa merokok di jalan raya dilarang?
Kadangkala rokok boleh terkena kulit atau pakaian orang lain walaupun perokok merokok dengan berhati-hati. Tambahan pula, ia sangat bahaya kepada kanak-kanak kerana rokok dipegang betul-betul di paras muka kanak-kanak.

4. Adakah merokok dibenarkan di tempat yang ada bekas abu rokok?
Merokok di kawasan yang disediakan bekas abu rokok oleh pihak pentadbiran jalan raya atau kawasan tidak dianggap sebagai “Merokok di jalanan”. Namun, merokok lah dengan perasaan bertimbang rasa terhadap orang sekeliling anda walaupun merokok di kawasan merokok.

Tools service

Perkhidmatan & Tiket yang Berguna