Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Alat bantuan perjalanan

Perkhidmatan Pos

Dikenali dengan symbol "〒", pejabat pos di Jepun boleh didapati dimana-mana sahaja. Pejabat Pos Kyoto Sentral terletak di hadapan Stesen Kyoto dan dibuka untuk berurusan 24 jam sehari. Kadar penghantaran udara bagi poskad adalah 70 yen ke mana-mana destinasi di luar negara, manakala aerogram pula berharga 90 yen. Surat-surat yang mempunyai berat kurang daripada 25g berharga 90 yen ke negara-negara Asia, 110 yen ke Utara Amerika, Eropah atau Oceania, dan 130 yen ke Afrika dan Selatan Amerika. Semua pejabat pos menyediakan Perkhidmatan Penghantaran Ekpres antarabangsa (EMS) yang cekap, iaitu setaraf atau lebih baik berbanding perkhidmatan penghantaran ekspres persendirian.

Perkhidmatan Penghantaran Expres Persendirian

Terdapat beberapa pilihan bagi penghantaran antarabangsa. Pejabat pos yang dikendalikan oleh Pos Jepun setakat ini adalah yang paling mudah. EMS mereka (Perkhidmatan Ekspres) sangat pantas dan berpatutan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: http://www.post.japanpost.jp/int/ems/index_en.html

Pejabat pos tersebut juga menawarkan perkhidmatan penghantaran melalui darat, udara dan lain-lain pada kadar yang berpatutan. FedEx juga menawarkan perkidmatannya di Kyoto. Anda boleh menetapkan pengambilan barang atau melawat pejabat mereka di pusat bandar Kyoto: http://www.fedex.co.jp/jp_english/dropoff/#fedex_ship_centersKyoto

Yang bagusnya, anda boleh menggunakan kad kredit atau nombor akaun FedEx untuk membuat bayaran.

Tools service

Perkhidmatan & Tiket yang Berguna