Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Alat bantuan perjalanan

wang

The currency in Japan is yen (JPY, ¥). Banknotes and coins are easily identifiable. There are 1, 5, 10, 50, 100 and 500 yen coins, and 1000, 5000 and 10,000 yen banknotes. The 1 yen coin is made of lightweight aluminum while the 5 yen (known to bring good luck) and 50 yen coins have a hole in the center.

Tukaran Wang

Tunai atau cek pengembara boleh ditukar di mana-mana “Bank Tukaran Wang Asing Berkuasa” (papan tanda dipaparkan dalam bahasa Inggeris) atau di beberapa hotel-hotel dan gedung sebanika besar di Kyoto. Pejabat pos utama juga boleh menunaikan cek pengembara. Perbezaan kadar antara bank-bank adalah kecil, atau tiada perbezaan langsung (malah, kaunter-kaunter tukaran di lapangan terbang juga menawarkan kadar yang standing dengan yang ditawarkan oleh bank-bank di pusat bandar). Di Kyoto, kebanyakan bank-bank utama (termasuk Citibank) terletak di persimpangan Shijo-Karasuma, dua hentian ke arah utara Stesyen Kyoto yang berada di landasan kereta api bawah tanah Karasuma.

Pengeluaran Wang: ATM

Pengunjung ke Jepun tidak perlu membawa wang yang banyak – pengeluaran wang adalah semudah seperti pergi ke salah satu kedai mudah beli Seven-Eleven yang merata di Jepun. Bank Seven Jepun, yang berkait dengan Seven-Eleven, menerima kad ATM dam kredit yang dikeluarkan oleh negara luar. Kad-kad yang memaparkan logo VISA/PLUS, Mastercard/Cirrus, American Express, JCB, Maestro, Discover, Diners Club International, atau China Union Pay diterima untuk pengeluaran yen (caj kendalian akan dikenakan). Pilihan Bahasa untuk skrin ATM dan resit termasuk bahasa Inggeris, Korea, China dan Portugis.
Tambahan pula, kepada mereka yang mempunyai akaun Citibank, anda boleh mengeluarkan yen dari ATM Citibank Jepun tanpa dikenakan surcaj. Maklumat di sini. Kad bank dan kredit yang dikeluarkan oleh bank luar negara juga diterima di ATM Bank Shinsei dengan dikenakan yuran urus niaga yang kecil. Satu pilihan yang berguna untuk pengembara di serata Jepun, termasuk di desa, ialah Bank Japan Post. ATM-ATM terletak di kebanyakan pejabat pos di seluruh Jepun menerima kad ATM dan kredit utama yang dikeluarkan oleh bank luar negara, dan juga mempunyai menu bahasa Inggeris.
Sila ambil perhatian bahawa tiada ATM yang dibuka 24 jam sehari di Jepun, dan pengeluaran daripada kad yang dikeluarkan oleh bank luar negara biasanya perlu dilakukan sebelum 5:00 p.m.

Kad Kredit

Hotel-hotel, gedung-gedung serbanika, restoran-restoran mewah dan kedai-kedai menerima kad-kad kredit, manakala kebanyakan kedai-kedai kecil tidak. VISA mempunyai pengguna yang paling ramai diikuti dengan JCB dan MasterCard.
Nombor telefon pejabat Tokyo mereka ialah:
Visa: bebas tol 006633-800-553, dari luar negara +1-303-967-1090
MasterCard bebas toll: 00531-11-3886
American Express bebas tol: 0120-020-120 24 jam.
Nota, Jepun ialah masyarakat yang berasaskan tunai, jadi mempunyai wang yang banyak di tangan anda adalah disyorkan. Anda boleh mengeluarkan wang menggunakan kad kredit anda di mana-mana pejabat pos, mesin-mesin ATM dan di bank-bank terpilih.

Memberi Tip

Kebiasaanya, bukan sahaja memberi tip adalah tidak perlu di Jepun, tetapi percubaan anda untuk memberi tip akan sama ada disambut dengan ekspresi bingung atau sungguh keliru. Bil-bil hotel sudah termasuk tip dalam caj perkhidmatan mereka. Tiada pemberian tip di restoran-restoran dan juga kepada pemandu teksi, walaupun begitu tip yang kecil untuk perkhidmatan tukang angkut mungkin akan diterima.

Tools service

Perkhidmatan & Tiket yang Berguna