Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Info bebas cukai

Sistem bebas cukai di Jepun

Apakah yang dimaksudkan dengan bebas cukai dan apakah kedai bebas cukai?

Tax shopimage

Cukai penggunaan adalah cukai yang dikenakan oleh Undang-undang Cukai Penggunaan yang merupakan undang-undang munisipal di Jepun. Sistem ini boleh dianggap seperti sama dengan VAT (cukai nilai tambah), GST (cukai barangan dan perkhidmatan) atau cukai jualan. Di Jepun, cukai penggunaan adalah pada kadar serata 8% ke atas semua barangan dan dijadualkan meningkat kepada 10% pada bulan April 2017.

Langkah-langkah dan Prosedur bebas cukai (Pengecualian Cukai Penggunaan)

Apabila anda membeli barangan tertentu di Jepun, harganya adalah termasuk cukai penggunaan (8%). Walau bagaimanapun, sebagai pendekatan khas, pelancong dari luar negara dikecualikan daripada membayar cukai penggunaan jika mereka mengikuti prosedur tertentu di agensi bebas cukai berlesen (seperti kedai serbaneka, kedai perkakas rumah, kedai-kedai diskaun dan lain-lain) dengan syarat yang barang berkenaan akan dibawa keluar dari Jepun.

Bagaimana Sistem bebas cukai di Jepun berbeza daripada negara-negara lain

Tidak seperti di negara-negara lain, di Jepun, lapangan terbangnya tidak terlibat dalam pengecualian cukai penggunaan kerana ia diurusniagakan di kedai bebas cukai berlesen milik para individu.
Oleh itu, kadar pengecualian cukai penggunaan sebanyak 8% akan diberikan pada waktu pembelian tetapi hanya di kedai-kedai bebas cukai.

Bahan komoditi (item bukan guna habis)

No consumable items

Sehingga kini, hanya barangan komoditi (item bukan makanan), seperti barangan elektrik pengguna, beg-beg, perhiasan, pakaian, kasut, dan lain-lain. dikecualikan daripada cukai untuk pembelian melebihi 10,000 yen.

Item Guna Habis

Consumable items

Penstrukturan semula cukai baharu akan menambahkan barangan guna habis, seperti makanan, minuman, tembakau, ubat-ubatan, kosmetik dan lain-lain ke dalam senarai barang-barang yang dikecualikan daripada cukai, ke atas pembelian yang melebihi nilai 5000 yen. Ia dijadualkan berkuat kuasa pada bulan Oktober 2014.

Icon tax04

Frasa Penting(Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun)