Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Info bebas cukai

Syarat-syarat Pengecualian Cukai

Orang yang layak mendapatkan pengecualian cukai

Warga asing yang tinggal di Jepun untuk tempoh kurang daripada enam bulan.

Dokumen yang diperlukan

Pasport (yang asal, salinan tidak akan diterima) dengan cop jabatan imigresen Jepun di dalamnya, bagi mengesahkan status tempat tinggal.

Perhatian

1. Apabila berlepas dari Jepun, atau jika menjadi penduduk di Jepun, anda dikenakan syarat untuk mengemukakan ”Rekod Pembelian Cukai Penggunaan-Dikecualikan Untuk Eksport” sama ada kepada Pengarah Kastam yang mempunyai bidang kuasa ke atas lokasi berlepas anda atau ketua jabatan cukai yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat kediaman atau alamat.

2. Anda tidak boleh membuang ”Rekod Pembelian Cukai Penggunaan-Dikecualikan Untuk Eksport” daripada pasport anda atau sebagainya, sehingga selepas anda berlepas dari Jepun.

3. Jika anda tidak memiliki item belian bebas cukai yang tersenarai di dalam “Rekod Pembelian Cukai Penggunaan-Dikecualikan Untuk Eksport” pada ketika anda berlepas dari Japan, satu jumlah yang bersamaan dengan jumlah cukai penggunaan (termasuk cukai penggunaan tempatan) yang telah dikecualikan pada ketika pembelian akan dikutip daripada anda.

4. Dalam kes 3) jika anda tidak mempunyai item-item yang disenaraikan pada masa berlepas, jika Pengarah Kastam telah mengakui bahawa item yang anda beli secara bebas cukai tidak akan dieksport yang disebabkan kerana hilang dalam bencana atau disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dielakkan yang lain, atau sebagai alternatif, jika anda telah mengemukakan dokumen kepada Pengarah Kastam yang mempunyai bidang kuasa ke atas lokasi berlepas anda yang mengesahkan bahawa item-item itu telah dieksport, satu jumlah yang bersamaan dengan jumlah cukai penggunaan (termasuk cukai penggunaan tempatan) tidak akan dikutip.

Pengecualian cukai sekatan dan syarat-syarat

Cukai penggunaan ke atas barang-barang yang dibeli di kedai "bebas cukai" seperti yang dinyatakan, boleh dikecualikan daripada cukai dengan syarat yang ianya dibawa keluar dari Jepun. (Bagi kes bahan guna habis, dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pembelian).

Oleh yang demikian, jangan buka bungkusan itu sehingga setelah anda meninggalkan Jepun. Harap maklum bahawa jika anda menggunakan produk ini ketika berada di Jepun, anda boleh dikenakan cukai penggunaan

Item bukan guna habis (Komoditi)

Harga yang memenuhi syarat ialah jumlah pembelian berniali 10.000 yen dan ke atas

Item guna habis (daripada bulan Oktober 2014)

Harga yang memenuhi syarat ialah jumlah pembelian bernilai 5000 yen hingga 500,000 yen. Item mesti dibungkus khas oleh kedai bagi mengelakkan pengambilannya di Jepun.

Barangan komersial untuk dijual atau untuk tujuan perniagaan lain TIDAK akan layak untuk pembayaran balik cukai

Barangan bukan guna habis dan barangan guna habis hendaklah dikira secara berasingan

Sebagai contoh:
Pembelian beg 8,000 yen + 2 pek ¥ 1000 kotak gula-gula TIDAK akan mendapat pengecualian cukai

Prosedur Pengecualian Cukai

Di kedai:

1. Tunjukkan pasport anda di kaunter kedai bebas cukai di mana anda akan membeli barangan tersebut.
2. Kemukakan borang “Perjanjian Pembelian Cukai Penggunaan-Dikecualikan Untuk Eksport” kepada kedai berkenaan (sebenarnya, borang tersebut akan dilengkapkan oleh kakitangan kedai berkenaan, anda hanya perlu menandatanganinya).
Perjanjian ini menyatakan bahawa anda akan membawa barangan tersebut keluar dari Jepun dalam tempoh 30 days daripada tarikh pembelian dan ianya tidak akan dilupuskan di Jepun.
3. Kakitangan kedai berkenaan akan melampirkan sekeping kad bertajuk "Rekod Pembelian Cukai Penggunaan - Dikecualikan untuk Eksport" ke dalam pasport anda.

Di lapangan terbang:

4. Pada ketika anda ingin berlepas dari Jepun, sila kemukakan "Rekod Kad Pembelian" yang dilampirkan di pasport anda kepada Pengarah Kastam dan tunjukkan item yang dibeli berkenaan.

Icon tax04

Frasa Penting(Bahasa Inggeris/Bahasa Jepun)