Di Kyoto, terdapat banyak lagi tempat yang boleh dikunjungi selain daripada Stesen Kyoto dan gosho (kediaman untuk bekas maharaja). Bahagian ini memperkenalkan maklumat utama untuk mengunjungi Tokong Kinkaku-ji (Golden Pavilion) dan Arashiyama, dan juga maklumat meliputi wilayah Uji, yang terkenal dengan tehnya, dan wilayah Ohara, di mana anda boleh menikmati keindahan alam semula jadi. Kawasan Kyoto yang luas dan lebar mempunyai banyak tempat untuk dinikmati.
Peta berikut memaparkan Bandar Kyoto dan kawasan berhampirannya. Sila klik pada petak yang berwarna untuk memaparkan nama kawasan yang berkenaan.
Tempat-tempat menarik yang mesti dilihat di kawasan Higashiyama dihimpunkan dalam laluan ini dengan Kuil Kiyomizu-dera sebagai puncak. Jalan batu buntar dalam perjalanan ke kuil itu dibarisi kedai-kedai menawan yang penuh dengan cenderamata yang menarik.
Laluan ini akan memberi anda peluang untuk melihat Kuil Kinkaku-ji (Candi Emas) dan Kuil Ryoan-ji, yang terkenal dengan tamannya.
Keindahan alam semula jadi adalah salah satu tarikan utama laluan Arashiyama. Berjalan kaki melalui dusun buluh di sini adalah satu pengalaman yang terutamanya mempesonakan.
Arashiyama dalam Perjalanan Musim Sejuk
Pada bulan Disember, apabila dedaun terakhir musim luruh gugur...
Menyewa basikal dan meneroka awal musim luruh di Arashiyama
Berlatarbelakangkan gunung-ganang, Arashiyama menyapa dunia de...
Laluan tenang ini terletak dengan mudah untuk dicari dari pusat bandar. Pastikan untuk melawat Kuil Ginkaku-ji (Candi Perak), salah satu daripada banyak kuil di Kyoto yang ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia.
Kunjungi Uji untuk Menikmati Teh Pertama bagi Musim tersebut Naiki kereta api laju ke Uji, sebuah kawasan pengeluaran teh merangkumi semangat Jepun, untuk menikmati daun teh pertama bagi musim dari akhir April hingga pertengahan Mei. Berehat seketika dengan mengunjungi tapak warisan dunia dan beberap tokong purba sambil menikmati teh Uji yang segar. Kedai teh Jepun juga menawarkan gula-gula yang dibuat dengan matcha iaitu sejenis teh pahit istimewa yang digunakan di dalam upacara teh. (Kira-kira 4.5 jam)
Apakah perhubungan Kyoto dan Teh? Lebih lapan ratus tahun yang lalu, teh telah dibawa masuk ke Jepun dari China. Di dalam kursus ini, anda akan belajar tentang sejarah upacara teh dan menjadi arif dengan beberapa buah tokong yang mula-mula menghidangkan minuman Cina ini. Pada penghuung hari, anda akan menikmati sebahagian kemanisan teh Jepun yang telah menjadi terkenal sejak kebelakangan ini. (Kira-kira 6 jam)
Di dalam kursus ini, alami budaya orang Jepun yang merupakan sebahagian daripada kehidupaan setiap hari. Kunjungi muzium yang mempamerkan manga orang Jepun, dan lawati beberapa buah pasar dan kedai paling disukai oleh orang tempatan di Kyoto . (Kira-kira 4 jam)
Jika bersiar-siar dengan menggunakan payung bukanlah perkara yang anda gemari, bagaimana dengan membeli-belah di bawah arked yang berbumbung? Jalan membeli-belah seperti Shijo, Nishiki, Teramachi mempunyai personaliti tersendiri dan memberikan satu imej kota purba yang berbeza. (Selama 4 jam)
Kursus ini memperkenalkan ruang kemudahan yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak.