Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Kursus-kursus dalam semua arah

Kursus kanak-kanak

Kursus ini memperkenalkan ruang kemudahan yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak.

-

Taman Lalulintas Omiya

Sebuah tempat yang indah untuk menghabiskan waktu petang secara bersantai, taman lalu lintas di Takagamine ini menyediakan gimnasium hutan, papan gelongsor, dan bangku. Daya tarikan yang paling popular di sini ialah go-cart. Anda boleh menaiki go kart untuk seorang atau dua orang dan memandunya di atas jalan raya yang terdapat di taman tersebut. Kanak-kanak kecil boleh menaiki kenderaan untuk dua orang manakala ianya dipandu oleh ibu bapa. Hanya kanak-kanak yang tergolong dalam gred tiga dan ke atas sahaja boleh mamandu go-cart untuk seorang. Go-cart berkuasa tolakan kaki pula disarankan untuk kanak-kanak pra-sekolah. Taman ini juga menempatkan kereta api pertama Jepun, yang dibina dalam tahun 1895, kekal terpelihara dengan baik dan diubahsuai menjadi sebuah perpustakaan di mana kanak-kanak boleh duduk dan membaca buku-buku bergambar.

-

Zoo Perbandaran Kyoto

Zoo Perbandaran Kyoto, ditubuhkan dalam tahun 1903, merupakan zoo kedua yang dibuka di Jepun selepas Zoo Ueno di Tokyo. Terdapat lebih daripada tujuh ratus ekor haiwan menetap di zoo Kyoto, termasuklah gorila, singa, gajah, zirafah, dan panda merah. Anda juga boleh bermain dengan haiwan yang lebih kecil di "Fairy-tale Land" atau membaca tentang makhluk tersebut di perpustakaan haiwan yang tersedia. Tasek Biwa mengalir di sepanjang bahagian utara zoo berkenaan, yang dikelilingi oleh Tokong Heian dan Kuil Nanzenji, selain daripada Dewan Persidangan Kyoto, Museum Bandaraya Kyoto dan lain-lain institusi kebudayaan.

-

Taman Umekouji, Dewan Pemeliharaan Lokomotif Wap JR Umekoji

Dewan Pemeliharaan Lokomotif Wap JR Umekoji terletak di dalam sebuah taman yang indah. Lapan belas kereta perwakilan dipamerkan, yang mana kebanyakannya dalam berkeadaan baik. Anda boleh bersiar-siar di sekitar taman yang luas itu disulami dengan aliran sungai, sambil menikmati keindahan pohon-pohon ceri serta bunga. Taman Jepun ini turut menampilkan palbagai bunga-bungaan Barat dan anda boleh nikmati hidangan lazat di "Midori-no-Yakata".

-

Pusat Sains Belia Perbandaran Kyoto

Ini merupakan tempat untuk menyaksikan, menyentuh dan mengalami keajaiban dunia sains. Dengan pameran planetarium, rangka dinasour dan rangka gajah raksaksa, serta filem-filem sains dalam pelbagai tayangan, pusat sains ini merupakan tempat yang menarik untuk diterokai. Menggunakan komputer, anda juga boleh memilih daripada dua puluh empat jenis tema yang berbeza bagi melakukan eksperimen (lagipun, ianya merupakan Taman Eksperimen), yang kemudiannya akan dijalankan di skrin komputer. Kakitangan muzium juga menjalankan pelbagai eksperimen di luar bangunan serta di Sudut Eksperimen. Saksikan keseluruhan jangka hayat rama-rama Okinawa di Dewan Rama-Rama atau belajar tentang ekologi di Pusat Ekologi Miyako yang terletak di bangunan bersebelahan.

Arashiyama01

Arashiyama dalam Perjalanan Musim Sejuk

Baca Lagi

Central01

Laluan Kyoto Sentral 1

Baca Lagi

Shopping01

Laluan Membeli-belah disediakan untuk melindungi anda dari hujan

Baca Lagi

Kiyomizu01

Laluan Kiyomizu

Baca Lagi