Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Kursus-kursus dalam semua arah

Kursus Budaya Pusat Bandar Kyoto

Di dalam kursus ini, alami budaya orang Jepun yang merupakan sebahagian daripada kehidupaan setiap hari. Kunjungi muzium yang mempamerkan manga orang Jepun, dan lawati beberapa buah pasar dan kedai paling disukai oleh orang tempatan di Kyoto .
(Kira-kira 4 jam)

13:00-15:00

Muzium Manga Antarabangsa Kyoto

Walaupun di Jepun itu sendiri, adalah jarang untuk menemui muzium dan perpustakaan yang dikhususkan untuk manga. Dari barangan pasca perang yang berharga hingga manga moden yang terkenal dan penerbitan antarabangsa, muzium ini dipenuhi dengan kira-kira 300,000 hasil kerja yang berbeza. Bangunannya telah diubah suai daripada sebuah bangunan sekolah rendah lama. Di dalam bangunan tersebut, para pengunjung boleh melayarai "Dinding Manga" dengan koleksi manga asing dan dalam negara yang sangat banyak, dan akan leka sepenuhnya dalam sejarah manga merentasi masa dan ruang.

15:30-16:30

Course40b

Pasar Makanan Kyoto Nishiki

Pasar ini yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kyoto, mengekalkan meja makan penduduk tempatan dan lebih mesra dikenali sebagai "dapur Kyoto". Di kedai arked yang tertutup, anda akan menemui apa sahaja daripada jeruk orang Jepun, teh, manisan dan tofu hingga seramik dan barangan tradisional lain. Oleh kerana banyak kedai menawarkan perkhidmatan bawa pulang, rasalah keenakan beberapa makanan sewaktu anda mengunjungi pasar tersebut.

16:30-17:00

Tempat Keramat NishikiTenmangu

Tempat keramat ini yang terletak di penghujung bahagian timur Pasar Nishiki, memberikan pengkhususan dalam mengabulkan impian mereka yang terlibat dalam pengajian atau perniagaan. Masukkan duit syiling untuk memulakan Penari Tarian Singa berjentera yang memilih nasib anda. Nasib Jepun-Inggeris Penari Tarian Singa mempunyai dua jenis: satu dengan nasib anda, manakala satu lagi dengan floriografi Jepun tradisional.

Children01

Kursus kanak-kanak

Baca Lagi

Shopping01

Laluan Membeli-belah disediakan untuk melindungi anda dari hujan

Baca Lagi

Central03

Laluan Kyoto Sentral 3

Baca Lagi

Arashiyama01

Arashiyama dalam Perjalanan Musim Sejuk

Baca Lagi