Kyoto Travel Guide <Rasmi>

MENU

Kursus-kursus dalam semua arah

Kursus Menikmati Teh Jepun

Kunjungi Uji untuk Menikmati Teh Pertama bagi Musim tersebut
Naiki kereta api laju ke Uji, sebuah kawasan pengeluaran teh merangkumi semangat Jepun, untuk menikmati daun teh pertama bagi musim dari akhir April hingga pertengahan Mei. Berehat seketika dengan mengunjungi tapak warisan dunia dan beberap tokong purba sambil menikmati teh Uji yang segar. Kedai teh Jepun juga menawarkan gula-gula yang dibuat dengan matcha iaitu sejenis teh pahit istimewa yang digunakan di dalam upacara teh.
(Kira-kira 4.5 jam)

10:00-11:30

Tokong Byodo-in

Tokong ini yang diukir di belakang syilng sepuluh yen, merupakan salah sebuah tokong yang paling terkenal di Jepun. Tokong Byodo-in dibina pada abad ke-11 dan telah diasaskan sebagai sebuah vila untuk suku kaum Fujiwara, pemangku raja takhta Imperial.

12:00-12:30

Tempat Keramat Ujigami-jinja

Tempat Keramat Ujigami-jinja ialah satu peninggalan zaman purbakala, tokong tertua yang masih wujud di Jepun. Tatkala memasuki bahagian bawah tempat keramat ini, anda akan melihat satu lembangan, disirami dengan mata air segar yang dikenali ramai. Air ini digunakan dalam upacara teh dan dikatakan mengandungi elemen magik dan merupakan antara "tujuh sumber air terbaik di Uji."

13:00-14:30

Kafe To-kichi Nakamura

Kedai teh bersejarah ini yang ditubuhkan pada 1859, mengandungi kafe yang menghidangkan menghidangkan mi soba teh dan gula-gula matcha.

15:00-16:00

Tempat Keramat Gokonomiya

Nama tempat keramat ini telah diilhamkan daripada bau air wangi yang sentiasa mengalir keluar ke seluruh kawasannya. Ia dikenali sebagai salah satu daripada tujuh mata air Fushimi yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

16:20-

Torisei

Di sini anda akan menemui kedai ayam yang mengusahakan bilik bawah tanah sake dan menawarkan pelbagai pilihan makanan yang serasi dengan sake. Air "Shirakusui" disimpan berhampiran pintu masuk tempat letak kereta yang digunakan untuk sake sake, dan pengujung dialu-alu untuk mencuba kedua-dua air tersebut dan sake. Jangan segan untuk menikmati minuman menyegarkan ini apabila anda berkesempatan untuk melakukannya.

Children01

Kursus kanak-kanak

Baca Lagi

Kiyomizu01

Laluan Kiyomizu

Baca Lagi

History01

Kursus Sejarah Teh Jepun

Baca Lagi

Downtown01

Kursus Budaya Pusat Bandar Kyoto

Baca Lagi