Jika bersiar-siar dengan menggunakan payung bukanlah perkara yang anda gemari, bagaimana dengan membeli-belah di bawah arked yang berbumbung? Jalan membeli-belah seperti Shijo, Nishiki, Teramachi mempunyai personaliti tersendiri dan memberikan satu imej kota purba yang berbeza.
(Selama 4 jam)
13:00-14:30
Jalan Shijo adalah dengan melalui daerah hiburan Gion yang terkenal. Anda akan menemui banyak rumah geisha dan kedai-kedai tradisional yang lain. Terokai kedai-kedai yang menawarkan macha (the hijau pahit) yang manis, gula-gula tradisional dan aksesori kimono, semuanya tertumpu pada satu jalan yang benar-benar memberikan keunikan Kyoto. Pada sebelah Timur Jalan Shijo terdapat Makam Suci Yasaka iaitu wajah Gion. Arked tersebut berterusan dari Stesen Keihan Shijo hinggalah pagar barat Makan Suci Yasaka.
15:00-16:00
Semenjak Zaman Azuchi-Momoyama (1558-1600), kawasan ini dianggap sebagai dapur Kyoto. Sewaktu di awal pagi, barisan kedai membuka pintu mereka dengan menjual Kyo-Yasai, tauhu, ikan dan semua jenis barangan makanan yang segar. Koleksi khazanah maya yang sesuai sekali untuk bersiar-siar dan menjamu selera, anda pasti dapat menemui semua benda, dari ikan dan sayuran segar hinggalah donut susu soya, semuanya berkualti tinggi.
16:00-16:20
Arked membeli-belah dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan, dari kedai pakaian bagi remaja, buku-buku terpakai hinggalah ukiyo-e (lukisan zaman Edo). Kebanyakkan kedai mengkhususkan dalam barangan keluaran tempatan seperti rambut palsu Samurai. Bahagian utara Jalan Sanjo dibarisi dengan kafe dan kedai-kedai tradisional seperti teh dan surat khabar Jepun.
16:20-17:00
Kuil ini terletak di penghujung utara arked Teramachi dan ia terkenal sebagai tempat di mana komander tentera Oda Nobunaga berperang dan menemui ajal semasa zaman Negeri-negeri Berperang (1467 to 1568)
Keterangan
Masa:6:00 - 17:00
Alamat:522-1 Shimohonnojicho Nakagyo-ku,Kyoto
Akses:3-minit berjalan dari Stesyen Kyoto Shiyakusho-mae di Laluan Bawah Tanah Tozai