Alat bantuan perjalanan

Wi-Fi Kyoto

Terdapat banyak lokasi LAN tanpa wayar di mana anda boleh menggunakan internet secara percuma seperti di perhentian-perhentian bas, stesen-stesen keretapi bawah tanah, kedai serbaneka ‘ Seven Eleven’ dan juga di kemudahan awam yang lain.

Bagaimana untuk menggunakannya

LANGKAH 1 Pilih SSID

Dalam skrin tetapan Wi-Fi, Sila pilih SSID (Wireless Network) : KYOTO Wi-Fi.
Selepas itu, lancarkan pelayar internet (browser) pada telefon pintar atau komputer peribadi dll.

LANGKAH 2

Dalam skrin terma penggunaan pilih kaedah log masuk anda samada “log masuk dengan pengesahan akaun SNS” atau “log masuk dengan pengesahan alamat e-mel”.

LANGKAH 3

I. Sekiranya anda memilih pengesahan akaun SNS
1) Masukkan maklumat akaun SNS pengguna (ID, kata laluan).
2) Selepas pengesahan selesai, [KYOTO Wi-Fi] sudah boleh digunakan.

II. Sekiranya anda memilih pengesahan alamat e-mel
1) Masukkan alamat e-mel pengguna untuk pendaftaran sementara.
2) Satu e-mel akan dihantar kepada alamat e-mel tersebut yang mengandungi pautan untuk pendaftaran ini, klik pautan tersebut untuk menyelesaikan pendaftaran ini.
3) [KYOTO Wi-Fi] sudah boleh digunakan.
* Sambungan internet semasa proses pengesahan ini adalah menggunakan sambungan persekitaran [KYOTO Wi-Fi], jadi tiada kos data akan dikenakan. Tetapi, sekiranya pendaftaran 3) tidak diselesaikan selepas pendaftaran sementara 1) dalam masa 5 minit, sambungan internet akan diputuskan.
  Di samping itu, setelah sekali pendaftaran berjaya, dengan hanya menghantar alamat e-mel 1), anda boleh menggunakan [KYOTO Wi-Fi] tanpa perlu melakukan proses semula 2), selama 1 bulan.

Tools service

Perkhidmatan & Tiket yang Berguna