Penginapan

Setelah bersiar-siar seharian, anda perlukan tempat yang selesa dan sesuai untuk berehat. Mujurlah, tempat penginapan yang memenuhi kesemua citarasa boleh didapati di Kyoto. Anda boleh menjamu selera hidangan makanan yang disediakan secara mahir sementara berehat di dalam bilik berlantaikan tikar tatami di ryokan (rumah penginapan gaya Jepun) dan shukubo (penginapan di kuil). Bagi mereka yang gemarkan penginapan biasa pula pastinya berpuas hati dengan pelbagai hotel gaya barat yang terdapat di Kyoto, manakala apartment yang dikenali sebagai “rumah mingguan” pula adalah satu cara penginapan murah untuk mereka yang merancang tinggal di Jepun lebih lama. Tidak kira di mana anda merancang untuk menginap, adalah terbaik untuk anda membuat tempahan awal, terutamanya apabila ramai pelawat mula membanjiri ke dalam bandar bagi menikmati keindahan bunga sakura yang mekar di awal musim bunga dan dedaun mapel merah lembayung pada musim luruh.

Tripadvisor

The Best Hotels in Kyoto