Maklumat Islam di Kyoto

Icon hotel

Pengenalan hotel mesra orang Islam

Mesej dari Kyoto Muslim Association (KMA)

Assalaamu alaikum.

Selamat datang ke Kyoto, Ibu Kota Keamanan (Heian-kyo).

Kyoto Muslim Association (KMA) mengalu-alukan anda ikhlas dari hati , dan berharap anda menikmati kunjungan anda ke bandar yang indah dan kaya dengan sejarah dan budaya ini.

KMA telah ditubuhkan pada 1987, dan semenjak itu, kami bergiat aktif dalam mempromosikan kefahaman Islam sebagai agama universal dan peradaban dunia, dan memupuk persahabatan antara negara-negara Islam dan Jepun. Kami menguruskan Masjid Kyoto dan Pusat Kebudayaan Islam, dan mengendalikan solat Jumaat dan solat sunat hari raya serta solat-solat lima waktu. Kedatangan anda ke Masjid Kyoto sangat dialu-alukan.

KMA berusaha secara gigih untuk menyediakan makanan halal kepada ahli-ahlinya, dan memberi informasi kepada penduduk Jepun mengenai ajaran Islam dan asas-asas peraturan berdasarkan Shariah. Salah satu acara penting ialah “Islamic World Festival” dan parti Iftar. Kami mengadakannya setiap Ramadan, serta menjemput penduduk Kyoto untuk sama-sama menikmati juadah dari negara-negara Islam. Sekitar seribu orang, Muslim dan bukan Muslim mengambil bahagian dalam acara tahunan ini dan dianggap sebagai acara perjumpaan persahabatan terbesar di Jepun.

Kami juga telah menubuhkan “Kyoto Council for Islamic Law and Halal Affairs” pada 2012. Tujuan utamanya adalah untuk menambahkan makanan halal dan mengurangkan elemen-elemen haram dalam makanan serta memudahkan Muslim berdasarkan Shariah, supaya Muslim dapat menjalani hidup yang lebih baik dan selamat di Jepun. Sementara Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan kebersihan, menepati masa, keramahan dan nilai-nilai lain, budaya makan turut menjadi penghalang besar untuk pelawat serta penduduk Muslim. Kami sangat mengalu-alukan inisiatif bandar Kyoto untuk mempromosikan kemudahan kepada pelawat-pelawat Muslim. Beserta matlamat kami untuk menyediakan lebih banyak makanan halal dan mengurangkan elemen-elemen haram, kami berharap untuk membantu pelawat-pelawat Muslim supaya mereka dapat menikmati lawatan mereka ke Kyoto. Wassalaam alaikum.

Qibla di Kyoto

Qibla (Kedudukan Kaabah di Mekah) di Kyoto: 69 darjah dari utara sejati, “True North" (utara geodetik) arah lawan jam. Iaitu WNW.
Sekiranya anda menggunakan kompas Qibla di bawah, anda harus menetapkan kedudukan utara di No. 8, dan anda akan mendapat kedudukan sebenar Qibla (Sila pastikan tiada peralatan elektrik yang berkemungkinan memberi kesan magnetik berhampiran kompas).

Kompas ini merupakan buatan Jepun dengan nilai pertukangan yang hebat dan telah diedarkan di negara-negara Muslim selama empat dekad. Kami menyediakan kompas ini di hotel-hotel yang tertera dalam Kyoto Mesra Muslim. Sila bertanya kepada pekerja hotel berkenaan sekiranya anda ingin meminjam kompas tersebut.