Budaya makanan

Bahan-bahan

Ingredients01

Ruangan ini memperkenalkan bahan-bahan yang paling kerap digunakan di dalam masakan Kyoto Jepun seperti “shichimi” yang diguna untuk menambah kelazatan masakan mee, “O-fu”, “Yuba” dan pelbagai lagi. O-fu, bahan serba guna yang diperbuat daripada gluten gandum, digunakan untuk hidangan periuk panas seperti Sukiyaki (Daging periuk panas). Terdapat dua jenis O-fu. “Nama-fu” ialah versi mentah dan “Yaki-fu” ialah versi yang dimasak. Anda boleh nikmati rasa lembut dengan Nama-fu dan rasa rangup dengan Yaki-fu. Yuba ialah satu produk yang terkenal di Kyoto dan dikenali sebagai satu bahan yang mahal dan berkhasiat. Yuba ialah kulit yang diperolehi hasil daripada didihan susu soya di dalam periuk cetek dan boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, ia boleh dimakan mentah atau sebagai bahan dalam masakan periuk panas atau bahan dalam hidangan Kaiseki.