Budaya makanan

Masakan Luar

Foreign cuisines01

Jepun menyaksikan kebanjiran pelbagai restoran asing, mewakili hampir kesemua negara di dunia. Terdapat banyak restoran masakan Perancis, Itali dan Cina, dan terdapat banyak restoran terkenal menyajikan masakan yang tidak boleh dikatakan berasal daripada mana-mana satu negara tertentu. Orang Jepun sudah tentu sukakan makanan Jepun tetapi semakin menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya masakan dunia ke dalam hidangan mereka.