Budaya makanan

Tempura

Tempura01

Tempura ialah satu hidangan tradisional yang mengandungi makanan laut dan sayur-sayuran yang dicelup ke dalam saduran tepung dan air sejuk lalu digoreng. Ia setanding dengan sushi yang merupakan makanan Jepun paling terkenal di luar negara. Terdapat banyak peluang untuk menikmati tempura di Jepun, daripada kedai-kedai teishoku (set hidangan tengah hari) dengan harganya yang berpatutuan.kepada restoran-restoran ryotei yang bertaraf tinggi. Cara menikmati tempura pula berbeza-beza di antara satu tempat ke tempat yang lain, tetapi kebanyakannya dengan ditaburi garam dan dicelup ke dalam sos.