Budaya makanan

sushi

Sushi01

Sushi merupakan antara suatu hidangan masakan yang paling bercirikan Jepun.
Sushi merupakan hasil gabungan beras bercuka rendah dengan ramuan segar bermusim yang terdiri daripada makanan laut kepada sayur-sayuran, cendawan, telur dan daging yang barangkali mentah, dimasak, dicelur atau diperap.
Sushi adalah baik dimakan dengan menggunakan tangan.
Sushi merupakan sejenis makanan sihat yang kini sedang mengalami gelombang kepopularan di seluruh dunia sebagai restoran yang tumbuh pesat bagaikan cendawan.
Sushi adalah berasal daripada amalan pengawetan ikan masin yang menggunakan kaedah penapaian dalam nasi selama berbulan-bulan. Amalan ini merupakan suatu tradisi yang boleh dikaitkan dengan Jepun purba.
Pada masa lampau, sushi merupakan sejenis makanan yang mahal dan melampaui kemampuan rakyat biasa.
Walaupun imej sushi masih dikaitkan sebagai makanan mewah, kemunculan restoran sushi kaiten (berputar) dan robot pembuat sushi telah menjadikan harga sushi lebih berpatutan.