Mengenai Kami

Konvensyen Kyoto & Biro Pelawat
Konvensyen Kyoto & Biro Pelawat adalah organisasi persendirian yang ditubuhkan oleh industri-industri dan pertubuhan-pertubuhan berasaskan pelancongan bekerjasama dengan Bandaraya Kyoto, bermatlamat untuk menggalakkan pelancong luar negara melawat Kyoto (52 ahli setakat 30 Ogos, 2007). Kami menyasarkan matlamat sedemikian dengan menyertai gerai di pameran-pameran perdagangan industri pelancongan antarabangsa dan seminar-seminar pelancongan yang diadakan di luar negara, menyertai perhimpunan pelancongan tempatan bersama-sama ejen-ejen pelancongan dan juga mempromosi bandaraya ini kepada wakil-wakil media.

Objektif
Menarik pelancong luar negara ke Kyoto.
Untuk memperkasa sistem yang mengalu-alukan kedatangan pelancong negara ke Kyoto. Ini termasuk penggunaan pemasaran dan kempen-kempen.
Untuk menjadikan Kyoto diiktiraf sebagai “ jenama destinasi” dan meningkatkan industri hospitaliti Kyoto.

Aktiviti-aktiviti
(1)Pemasaran industri pelancongan Kyoto:
Penyertaan aktif dalam pelbagai pameran untuk mempromosikan pelancongan ke Kyoto dan lokasi lain di Jepun.
Membolehkan pelancongan Kyoto berkembang sepanjang tahun untuk menyumbang kepada pendapatan bandar ini.
Mengiklan di majalah-majalah luar negara yang terkemuka.
Membuat iklan video untuk pelbagai media dan mengedarkan brosur perjalanan. Dengan kerjasama rapat dengan kawasan seperti Hokkaido, Nara dan Wakayama, kami menyasarkan untuk mempromosikan industri pelancongan negara.

(2) Meningkatkan dan mengukuhkan sistem aluan:
Menghasilkan dan mengedarkan brosur-brosur perjalanan dan bahan promosi lain ke negara luar.
Menghasilkan menu-menu restoren dalam pelbagai bahasa untuk menjadikan pelancongan ke Kyoto sebagai satu perjalanan yang mudah, menyeronokkan dan tiada kebimbangan kepada pelancong-pelancong asing.
Memperkenalkan projek untuk membolehkan pelancong memperguna sepenuhnya sumber budaya yang kaya yang diketengahkan di Kyoto.

(3) Penyelarasan dengan kerajaan Jepun dan JNTO:
Dasar pengiklanan utama kerajaan Jepun adalah "Yokoso JAPAN” (Selamat datang ke Jepun). Kami sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat terkini mengenai pelancongan secara umum berdasarkan polisi ini.

(4) Pejabat-pejabat perwakilan luar negara:
Pada bulan Ogos 2006, kami telah membuka pusat maklumat luar negara di Beijing, China; Seoul, Korea Selatan; dan Melbourne, Australia. Kemudian kami tambah USA dan Taiwan pada 2007.
Pada 2008, kami telah memindahkan pejabat maklumat luar negara China kami dari Beijing ke Shanghai. Pada 2009, kami telah membuka sebuah lagi pejabat maklumat luar negara di Paris, Eropah dan memindahkan pejabat Australia kami dari Melbourne ke Sydney. Pada 2012, kami telah membuka pejabat maklumat luar negara di London, UK dan Frankfurt, Jerman.